PIAGAM PELANGGAN PENJARA

Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada banduan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami juga berjanji :-

  • Mempastikan banduan menerima program pemulihan yang bersesuaian
  • Menjamin semua aduan/rayuan banduan mendapat pertimbangan yang bersesuaian
  • Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan banduan
  • Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Penjara Bentong

14 Feb-Majlis penyerahan tugas pengarah penjara bentong Tuan Sakeri bin Dollah kepada Tuan Abdul Azizi Bin Abdul Razak (Pengarah Akedemi Koreksional Langkawi) yang telah disaksikan oleh Pengarah Keselamatan Penjara Tuan Jamaludin..
Pengorbanan Tuan Sakeri bekas pengarah Penjara Bentong Akan sentiasa dikenang dan di ingati selalu oleh warga Kompleks penjara bentong........
Semenjak Kompleks Penjara Bentong dibawah jaga beliau ...banyak perubahan telah berlaku dan telah mendapat pengiktirafan 5S dan ISO........pada 2010
Pengorbanan terakhir Beliau kepada Penjara Bentong adalah Perasmian Penjara Bentong yang telah menjadi contoh oleh semua Jabatan baru....
Jutaan Terima Kasih Di ucapkan kepada TUAN SAKERI ....

Tiada ulasan:

Maklumat Ringkas

Penjara Bentong Pahang adalah sebuah penjara baru yang dibina dengan kaedah rundingan terus dan JKR sebagai agensi pelaksana. Trans Resources Corporation Sdn Bhd adalah kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan pembinaan Penjara Bentong. Dibina diatas Lot PT 15878 Mukim Sabai dalam Daerah Bentong Pahang dengan keluasan 54.97 hektar (135.84 ekar) yang terletak di gugusan Felda Mempaga. Kos pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak RM 238 juta. Projek ini dimulakan pada 31 Mei 2005 dan siap pada 31 Julai 2008. Diwartakan sebagai Penjara Bentong berkuatkuasa sah pada 1 Jun 2008 melalui surat [ KDN.S.171/1355 Klt. 6:PN(PU²)163/VIII ] bertarikh 12 Mei 2008. Penjara Bentong ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Timbalan Komisioner Penjara Gred KX54.

Penjara Bentong menempatkan banduan-banduan “Reman dan Sabitan“ lelaki dan wanita dengan kapasiti selesa 2,200 orang banduan. Penjara Bentong dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik bersepadu yang melibatkan kawalan-kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.

Penjara Bentong juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden dan selesa serta kemudahan-kemudahan lain untuk kakitangan pelbagai pangkat. Selain itu taman-taman permainan juga disediakan serta kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti gimnasium, gelanggang-gelanggang permainan, padang bolasepak, dewan serbaguna dan rumah kelab.