PIAGAM PELANGGAN PENJARA

Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada banduan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami juga berjanji :-

  • Mempastikan banduan menerima program pemulihan yang bersesuaian
  • Menjamin semua aduan/rayuan banduan mendapat pertimbangan yang bersesuaian
  • Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan banduan
  • Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa

Sabtu, 12 November 2011

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia

Hari Jabatan Penjara Malaysia yang ke 162 tahun


Penerima Pingat


1. Pingat Perkhidmatan Am - 15 orang
2. Pingat Perkhidmatan Setia - 5 orang
3. Pingat Ketua Pengarah Penjara ( Gangsa ) - 2 orang
4. Pingat Setia Penjara - 2 orang
5. Pingat Cemerlang Penjara - 1 orang
6. Pingat Pekerti Penjara - 9 orang
7. Pingat Bakti Penjara - 4 orang
8. Pingat Am Penjara - 8 orang
9. Sijil Kepujian ( Lencana Hijau ) - 9 orang
10. Sijil Penghargaan - 2 orang


(Di antara Pingat yang Diterima Oleh Kakitangan)

Selasa, 22 Februari 2011

PERAGUT YANG MALANG

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.


SEPANDAI PANDAI KERA MELOMPAT......AKHIRNYA JATUH KELONGKANG JUGA

Peragut terbunuh

















Hukuman 7 Tahun jadi 2 Dekad

SHAH ALAM: “Kes ini amat mengejutkan negara di mana empat orang dibunuh dalam satu kejadian. “Mana-mana orang pun akan bersetuju hukuman penjara lima tahun tidak memadai,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki pada semakan kehakiman yang menyaksikan dua pekerja ladang menerima hukuman penjara 20 tahun akibat melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam

Jel 7 tahun jadi 2 dekad

MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG ZON UTARA

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi ZON TIMUR Penjara Malaysia akan berlangsung pada 24 februari 2011 (khamis).Seramai 180 Penerima Anugerah dari Institusi Penjara Zon Timur,Bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Pengarah Penjara Malaysia....

Raptai akan bermula pada 23 februari 2011(Rabu) 2.15 petang sehingga 5.00 petang

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 24 februari 2011 (khamis)

* 8 Institusi ~ 180 Penerima Anugerah ~

* Tahniah Kepada Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2010

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Penjara Bentong

14 Feb-Majlis penyerahan tugas pengarah penjara bentong Tuan Sakeri bin Dollah kepada Tuan Abdul Azizi Bin Abdul Razak (Pengarah Akedemi Koreksional Langkawi) yang telah disaksikan oleh Pengarah Keselamatan Penjara Tuan Jamaludin..
Pengorbanan Tuan Sakeri bekas pengarah Penjara Bentong Akan sentiasa dikenang dan di ingati selalu oleh warga Kompleks penjara bentong........
Semenjak Kompleks Penjara Bentong dibawah jaga beliau ...banyak perubahan telah berlaku dan telah mendapat pengiktirafan 5S dan ISO........pada 2010
Pengorbanan terakhir Beliau kepada Penjara Bentong adalah Perasmian Penjara Bentong yang telah menjadi contoh oleh semua Jabatan baru....
Jutaan Terima Kasih Di ucapkan kepada TUAN SAKERI ....

Selasa, 11 Januari 2011

Selamat tahun 2011

SALAM kepada blogger sekalian alam......

setahun berlalu...........

Sepatah dua kata dari aku...........

Thanks Q...........tggu kemunculan cerita terkini untuk 2011 dari penjara bentong.......

Sedutan terakhir 2010

PeRasMian PenJarA BenToNg PaHanG
Sebelum Perasmian bermula ................

Ketibaan Sultan PAHANG........................


Sabtu, 12 Jun 2010

5S Penjara Bentong


AJK Induk & Ketua2 Zon 5S Penjara Bentong
Wajah Ceria setelah mendapat pensijilan 5S
Satu-satunya Penjara yang telah mendapat pensijilan 5S daripada MPC pada 3 Mac 2010
Telah di audit oleh En.Nik Faizal Bin Nik Ahmad dari MPC wilayah timur
Di dalam perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti



Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.




Maklumat Ringkas

Penjara Bentong Pahang adalah sebuah penjara baru yang dibina dengan kaedah rundingan terus dan JKR sebagai agensi pelaksana. Trans Resources Corporation Sdn Bhd adalah kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan pembinaan Penjara Bentong. Dibina diatas Lot PT 15878 Mukim Sabai dalam Daerah Bentong Pahang dengan keluasan 54.97 hektar (135.84 ekar) yang terletak di gugusan Felda Mempaga. Kos pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak RM 238 juta. Projek ini dimulakan pada 31 Mei 2005 dan siap pada 31 Julai 2008. Diwartakan sebagai Penjara Bentong berkuatkuasa sah pada 1 Jun 2008 melalui surat [ KDN.S.171/1355 Klt. 6:PN(PU²)163/VIII ] bertarikh 12 Mei 2008. Penjara Bentong ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Timbalan Komisioner Penjara Gred KX54.

Penjara Bentong menempatkan banduan-banduan “Reman dan Sabitan“ lelaki dan wanita dengan kapasiti selesa 2,200 orang banduan. Penjara Bentong dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik bersepadu yang melibatkan kawalan-kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.

Penjara Bentong juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden dan selesa serta kemudahan-kemudahan lain untuk kakitangan pelbagai pangkat. Selain itu taman-taman permainan juga disediakan serta kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti gimnasium, gelanggang-gelanggang permainan, padang bolasepak, dewan serbaguna dan rumah kelab.