PIAGAM PELANGGAN PENJARA

Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada banduan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami juga berjanji :-

  • Mempastikan banduan menerima program pemulihan yang bersesuaian
  • Menjamin semua aduan/rayuan banduan mendapat pertimbangan yang bersesuaian
  • Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan banduan
  • Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa

Selasa, 22 Februari 2011

MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG ZON UTARA

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi ZON TIMUR Penjara Malaysia akan berlangsung pada 24 februari 2011 (khamis).Seramai 180 Penerima Anugerah dari Institusi Penjara Zon Timur,Bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Pengarah Penjara Malaysia....

Raptai akan bermula pada 23 februari 2011(Rabu) 2.15 petang sehingga 5.00 petang

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 24 februari 2011 (khamis)

* 8 Institusi ~ 180 Penerima Anugerah ~

* Tahniah Kepada Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2010

Tiada ulasan:

Maklumat Ringkas

Penjara Bentong Pahang adalah sebuah penjara baru yang dibina dengan kaedah rundingan terus dan JKR sebagai agensi pelaksana. Trans Resources Corporation Sdn Bhd adalah kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan pembinaan Penjara Bentong. Dibina diatas Lot PT 15878 Mukim Sabai dalam Daerah Bentong Pahang dengan keluasan 54.97 hektar (135.84 ekar) yang terletak di gugusan Felda Mempaga. Kos pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak RM 238 juta. Projek ini dimulakan pada 31 Mei 2005 dan siap pada 31 Julai 2008. Diwartakan sebagai Penjara Bentong berkuatkuasa sah pada 1 Jun 2008 melalui surat [ KDN.S.171/1355 Klt. 6:PN(PU²)163/VIII ] bertarikh 12 Mei 2008. Penjara Bentong ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Timbalan Komisioner Penjara Gred KX54.

Penjara Bentong menempatkan banduan-banduan “Reman dan Sabitan“ lelaki dan wanita dengan kapasiti selesa 2,200 orang banduan. Penjara Bentong dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik bersepadu yang melibatkan kawalan-kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.

Penjara Bentong juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden dan selesa serta kemudahan-kemudahan lain untuk kakitangan pelbagai pangkat. Selain itu taman-taman permainan juga disediakan serta kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti gimnasium, gelanggang-gelanggang permainan, padang bolasepak, dewan serbaguna dan rumah kelab.